Kaedah Mengurangkan Risiko Pelaburan – Dollar Cost Averaging – Pemurataan Kos Ringgit

Ia merupakan satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca dari pembelian tunggal yang besar.

Ia dilakukan dengan membuat pelaburan dalam satu jumlah yang tetap setiap bulan atau setiap penggal kedalam mana mana unit saham amanah tunggal, tanpa menghiraukan harga unitnya.  Contohnya, anda boleh memilih untuk membuat pembelian saham bulanan sebanyak RM 100 atau RM 200 kepada satu dana unit amanah saham.  Atau mungkin juga anda membuat pembelian yang besar sedikit sebagai contoh RM 500 atau RM 1000 setiap penggal atau suku tahun.

Lebih banyak unit dibeli apabila harga unit sesaham rendah dan unit kurang dibeli jika harga unit sesaham tinggi.

Premis Pemurataan Kos Ringgit (DCA-Dalam Inggerisnya) adalah bagi seseorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan.  Walaupun Pemurataan Kos Ringgit boleh menjadi satu cara pelaburan efektif, ia tidak menjaminkan keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian  dalam pasaran yang merosot pada masa sesingkat musim pelaburan menurun.  Untuk pelaburan jangka panjang, ia sesuatu yang masih lebih baik lagi.

Untuk itu anda mesti terus membeli unit unit dalam pasaran pasaran menaik dan menurun supaya strategi ini menjadi berkesan.  Oleh itu, anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Untuk menjelaskan lagi Pemurataan Kos Ringgit  dengfan lebih baik, andaikan anda ingin menyimpan RM 12000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda.  Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa apasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM 1000 setiap bulan dalam satu unit amanah saham seperti yang ditunjukkan jadual di bawah.

pkringgit

Dalam contoh ini, purata harga seunit saham sepoanjang tempoh itu adalah RM 0.1983 tetapi purata kos seunit anda adalah RM 0.1923, iaitu 3% kurang daripada purata harga seunit di sepanjang tempoh.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.